Monday, 23 November 2015

15 Sumber Makanan Asli Mengandungi Folic Acid (Vitamin B9)

Sumber makanan asli yang mengandungi Folic Acid (vitamin B9)


1. SAYURAN BERDAUN HIJAU
✤ Bayam (263 mcg folate - 65 % DV)
✤ Collard Greens (177 mcg folate - 44 % DV)
✤ Lobak sayur-sayuran (170 mcg folate - 42 % DV)
✤ Romaine Lettuce (76 mcg folate - 19 % DV)

2. ASPARAGUS
✤ Mengambil 1 cawan asparagus yang direbus dapat memberikan 262 mcg folic acid, iaitu 65 % daripada apa yang anda perlukan
✤ Juga mengandungi Vitamin K, Vitamin C, Vitamin A, dan Manganese

3. BROCOLLI
✤ Merupakan makanan yang membantu untuk detox
✤ Dapat memenuhi 24 % daripada keperluan seharian

4. CITRUS FRUITS
✤ Buah orange kaya dengan folic acid, satu biji = 50 mcg
✤ Sebiji betik = 115 mcg folate (29% DV)
✤ Grapefruit = 30 mcg folate (8% DV)
✤ 1 cawan strawberry = 25 mcg folate (6.5% DV)
✤ 1 cawan raspberry = 14 mcg folate (4% DV)

5. BEANS, PEAS, LENTILS
✤ Lentils 1 cup = 358 mcg of folate (90% DV)
✤ Pinto Beans 1 cup = 294 mcg of folate (74% DV)
✤ Garbanzo Beans 1 cup = 282 mcg of folate (71% DV)
✤ Black Beans 1 cup = 256 mcg of folate (64% DV)
✤ Navy Beans 1 cup = 254 mcg of folate (64% DV)
✤ Kidney Beans 1 cup = 229 mcg of folate (57% DV)
✤ Lima Beans 1 cup = 156 mcg of folate (39% DV)
✤ Split Peas 1 cup = 127 mcg of folate (32% DV)
✤ Green Peas 1 cup = 101 mcg of folate (25% DV)
✤ Green Beans 1 cup = 42 mcg of folate (10% DV) 

6. AVOCADO
✤ Mengandungi 90 mcg folate per cup, iaitu 22 % daripada khasiat yang diperlukan

7. BENDI
✤ Satu cawan bendi yang dimasak = 37 mcg folic acid

8. BRUSSELS SPROUT
✤ 1 cawan brussels sprout yang direbus memberikan sejumlah 25 % khasiat folate yang diperlukan
✤ Juga mengandungi Vitamin C, Vitamin K, Vitamin A, Manganese, dan Potassium

9. BIJIAN DAN KACANG
✤ Sunflower Seeds  ¼ cup = 82 mcg of folate (21% DV)
✤ Peanuts ¼ cup = 88 mcg of folate (22%)
✤ Flax Seeds 2 tbs = 54 mcg of folate (14% DV)
✤ Almonds 1 cup = 46 mcg of folate (12% DV) 

10. CAULIFLOWER
✤ 1 cawan cauliflower = 55 mcg folate (14% DV)

11. BEETS
✤ Merupakan sumber anti-oksidan dan membantu untuk detox
✤ 1 cawan beets yang direbus = 136 mcg folate (34% DV)

12. JAGUNG
✤ 1 cawan jagung yang dimasak = 76 mcg folate (20% DV)

13. CELERY
✤ 1 cawan raw celery = 34 mcg folate (8% DV)

14. LOBAK
✤ Memberikan 5% daripada jumlah khasiat folic acid yang diperlukan

15. SQUASH
✤ Winter squash - 1 cup = 57 mcg folate (14% DV)
✤ Summer squash - 1 cup = 36 mcg folate (9% DV)


Harap tips kali ini dapat membantu anda semua, terutama ibu yang hamil, dan juga mereka yang ingin hamil, yang ingin mendapatkan sumber asli folic acid daripada makanan. Namun begitu, adalah disarankan agar anda menyediakan makanan tersebut dengan cara yang terbaik seperti merebus (tetapi tidak terlalu lama), agar nutrisi semulajadinya tidak berkurangan.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/07/15-sumber-asli-folic-acid.html#sthash.XPnw8dB2.dpuf

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah tahun 2016 Malaysia



Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2016 Malaysia

kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2016 Malaysia Public Holidays and School Holidays 2016


Jadual Hari Kelepasan Am 2016 (Persekutuan Dan Negeri)

Tarikh
Hari
Cuti Umum
Negeri
1 JanJumaatTahun Baru 2016Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
14 JanKhamisHari Keputeraan YDB Negeri SembilanNegeri Sembilan
17 JanAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
24 JanAhadHari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
1 FebIsninHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
8 FebIsninTahun Baru CinaSeluruh negara
9 FebSelasaTahun Baru Cina (Hari Kedua)Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 MacJumaatHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
23 MacRabuHari Keputeraan Sultan JohorJohor
25 MacJumaatGood FridaySabah dan Sarawak
15 AprJumaatHari Perisytiharan Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprSelasaHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 MeiAhadHari PekerjaSeluruh negara
5 MeiKhamisIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan dan Perlis
7 MeiSabtuHari HolPahang
17 MeiSelasaHari Keputeraan Raja PerlisPerlis
21 MeiRabuHari WesakSeluruh negara
30 & 31 MeiIsnin & SelasaPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah dan Labuan
1 & 2 Jun Rabu & KhamisPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
4 JunSabtuHari Keputeraan YDP AgongSeluruh negara
6 JunIsninAwal RamadanJohor, Kedah dan Melaka
22 Jun RabuHari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
6 & 7 JulRabu & KhamisHari Raya PuasaSeluruh negara
7 JulKhamisHari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
9 Jul SabtuHari Jadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
31 OgoRabuHari KebangsaanSeluruh negara
10 Sep SabtuHari Jadi YDP SarawakSarawak
12 SepIsninHari Raya QurbanSeluruh negara
13 SepSelasaHari Raya Qurban (Hari Kedua)Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
16 SepJumaatHari MalaysiaSeluruh negara
1 OktSabtuHari Jadi YDP SabahSabah
2 OktAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)Seluruh negara
14 OktJumaatHari Jadi YDP MelakaMelaka
24 OktIsninHari Keputeraan Sultan PahangPahang
29 OktSabtuHari DeepavaliKecuali Sarawak
6 NovAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
11 & 12 NovJumaat & SabtuHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
27 NovAhadHari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 DisAhadHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
12 DisIsninHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
25 DisAhadHari KrismasSeluruh negara
Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri 2016, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.


Kalendar Cuti Sekolah 2016 Malaysia

Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan 2016.
Cuti Sekolah
Tarikh Mula & Tamat
Cuti pertengahan Penggal 1
12.03.2016 - 20.03.2016
Cuti pertengahan tahun
28.05.2016 - 12.06.2016
Cuti pertengahan Penggal 2
10.09.2016 - 18.09.2016
Cuti akhir tahun
26.11.2016 - 01.01.2017
Cuti untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir sehari lebih awal.
Sila layari Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2016 untuk perincian hari persekolahan & cuti sekolah, dan Kalendar Islam 2016M / 1437–1438 Hijrahuntuk kalendar Hijriah.


Tuesday, 10 February 2015

13 aktiviti untuk meransang & memupuk kreativiti dalam diri anak-anak

Ramai ibu bapa menginginkan anak yang kreatif dan pintar.

Namun ramai dikalangan ibu bapa tidak sedar bahawa kreativiti itu tidak mungkin akan muncul dalam diri anak secara tiba-tiba.
Kreativiti anak harus dirangsang supaya muncul.
Manakala kreativiti anak yang sudah kelihatan potensinya haruslah dipupuk supaya menjadi kebiasaan dan tertanam kukuh dalam diri anak- anak.
Jangan mengharapkan kepada guru semata-mata untuk memupuk kreativiti anak
Suatu perkara penting yang perlu diingat adalah rumah adalah tempat yang paling ideal bagi memupuk perkembangan kreativiti anak-anak dengan ibu bapa.
Ibu bapa adalah rujukan utama kreativiti anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan kreativiti mereka sendiri dalam mencari jalan mencungkil kreativiti anak.

13 AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MERANGSANG DAN MEMUPUK KREATIVITI ANAK.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bagi merangsang perkembangan otak dan kreativiti anak. Bagaimana kreativiti terbentuk adalah apabila sel-sel otak mula berhubung, menghubungkan idea-idea seterusnya membentuk idea yang baru.
Dibawah ini saya ingin berkongsi aktiviti yang bagus untuk mencungkil dan menggilap kreativiti anak kita.

  1. MERANGSANGSANG KREATIVITI ANAK DENGAN BERCERITA

Bercerita adalah aktiviti yang menarik untuk anak.
Selain memberi banyak hikmah dan pengetahuan tanpa rasa diri mereka diajar, anak-anak boleh berlatih berimaginasi serta belajar banyak perbendaharaan kata.
Ibu bapa boleh bercerita sebelum anak-anak tidur. Pada masa lain, galakkan anak-anak menceritakan semula cerita kita itu.
Beri juga peluang kepada anak-anak bagi menceritakan apa yang berlaku kepada mereka, apa sahaja yang mereka alami pada hari itu.
Apabila anak-anak bercerita, tunjukkan respons positif supaya mereka merasakan kemampuan mereka dalam berkomunikasi dapat menarik perhatian orang lain.
Apabila keyakinan diri ini lahir, anak akan dapat berkarya dengan baik.

  1. MENGEMBANGKAN KREATIVITI ANAK DENGAN MELUKIS

melukis
Sediakan kertas, alat melukis, dan alat-alat tulis di rumah. Jadi anak-anak dapat melukis pada bila-bila masa sahaja.
Melukis tidak semestinya dibuat di atas kertas. Sesekali, minta anak melukis di atas objek seperti tong sampah ataupun pasu bunga.
Kita juga boleh memberikan anak-anak pengalaman melukis yang berbeza dengan melukis menggunakan berus gigi lama, putik kapas, batang ais krim, kapas, kain perca, ataupun jari.
Berikan anak kebebasan meluahkan perasaan dan idea mereka. Melukis dan mewarnakan sesuatu yang tidak lazim, seperti mewarnakan laut dengan warna merah ataupun melukis rumah di atas awan adalah tidak salah.
Pada dasarnya, anak sedang berimaginasi.
Tugas kita adalah menyokongnya.
Tanyakan kepada anak-anak mengapa mereka memilih warna itu ataupun melukis seperti itu supaya kita tahu alasan disebalik lukisannya.
Beri respons positif, tidak kira bagaimana pun hasil lukisannya. Sesekali pamerkan gambar itu bagi menunjukkan penghargaan kita.

  1. MELAKUKAN AKTIVITI BERLAKON

Anak-anak yang suka berkhayal mempunyai khayalan yang tinggi, suka berlakon, suka memanfaatkan masa dengan fikiran-fikiran imaginative, dan memiliki kecenderungan yang lebih kreatif.
Buatkan cerita yang sederhana tetapi menarik dan cabar anak-anak bagi melakonkannya.
Contohnya cerita tentang pelayaran kapal laut. Minta anak menjadi nakhoda dan kita menjadi penumpangnya.
Gunakan kerusi dirumah serta kain yang dibentangkan seperti kapal.
Tanyakan kepada anak, ‘Tuan Nakhoda, hari ini kita mahu berbuat apa?’ ataupun ‘Tuan Nakhoda, apa yang akan tuan hamba lakukan bagi menyelamatkan kami?’.
Beri cabaran seperti kapal ombak yang besar  ataupun serangan ikan jerung di sekeliling kapal. Aktiviti seperti ini dapat melatih kreativiti anak-anak dalam menyelesaikan masalah, selain daripada kecerdasan keseluruhannya.

  1. MEMBUAT MAINAN SENDIRI

kreativiti anakLatih anak-anak bagi menghasilkan permainan sendiri yang menggunakan benda-benda yang ada disekeliling kita.
Contohnya, membuat kereta mainan dengan menggunakan kulit limau bali, senapang dengan menggunakan pelepah pisang, roket dengan menggunakan botol lama ataupun rumah menggunakan kotak.
Ada banyak contoh karya yang boleh dibuat berasaskan benda-benda yang ada di sekitar kita. Kita Cuma perlu lebih rajin dan kreatif membelek dari pelbagai sumber bacaan untuk melihat contohnya.
Jika anda ada akaun pinterest, disitu ada banyak sumber contoh untuk melihat model permainan buatan sendiri untuk anak-anak.

  1. BERMAIN JIGSAW PUZZLE

 kreativiti anak jigsaw puzleSelain daripada membeli, jigsaw puzzle juga boleh dibuat sendiri.
Gari gambar dalam surat khabar ataupun majalah lama. Gunting gambar dan tampal di atas kertas tebal. Selepas itu, gunting menjadi beberapa bahagian.
Sesuaikan tahap kesulitan jigsaw puzzle dengan usia anak.
Menyatukan kepingan-kepingan gambar menjadi gambar yang lengkap akan membantu mengembangkan cara berfikir anak-anak.

  1. MENYUSUN BLOK-BLOK SEPERTI LEGO

legoDalam permainan ini, anak-anak digalakkan membina bangunan dengan blok-blok yang berlainan bentuk dan saiz.
Ini menjadikan daya imaginasi dan kepandaian istimewa anak-anak terangsang.
Prinsip bermainan Lego sebenarnya sama dengan bermain blok tetapi bentuk yang dihasilkan oleh Lego lebih banyak dan pelbagai.
Ada juga permainan menyusun lain seperti kereta mainan model Tamiya, kapal terbang, dan robot yang boleh dipasang sendiri.

  1. MEMPAMERKAN HASIL KERJA ANAK

kreativiti anakKita boleh mewujudkan suasana yang menampilkan karya-karya anak di rumah.
Masukkan karya-karya mereka ke dalam bingkai-bingkai yang menarik. Kita juga boleh mempamerkan karya-karya ini semasa berlangsungnya majlis dirumah seperti kenduri ataupun jamuan.
Ini akan membuatkan anak-anak berasa dihargai dan menambah keyakinan serta semangat mereka untuk terus berkarya.

  1. BERI ANAK BERMAIN TANAH LIAT DAN PLASTISIN

Ajak anak-anak bermain dengan tanah liat atau plastisin lalu menghasilkan bentuk-bentuk yang menarik.
Ibu bapa hanya perlu mengajar anak-anak cara menggunakan dan membentuknya. Kemudian beri anak-anak kebebasan bagi membentuk apa sahaja yang mereka mahu.

  1. AKTIVITI MENCAMPUR CAT ATAU WARNA

catSediakan cat air daripada warna-warna utama iaitu merah, kuning, dan biru.
Kemudian minta anak mencampurkannya dan tanyakan kepadanya warna yang dihasilkan. Selain mengandungi unsur seni, aktiviti ini juga merangsang kecerdasan visual.
Untuk anak yang berusia kurang daripada tiga tahun, ibu bapa harus mendampingi mereka semasa bermain cat supaya perkara-perkara yang tidak diingini terhindar daripada berlaku.

  1. BERSENAM DAN MENARI

Melalui aktiviti ini, anak-anak belajar mengawal badan dan otak bagi menghasilkan gerakan yang sesuai dengan muzik.
Sebagai permulaan, biarkan anak-anak melakukan gerakan sendiri.
Selepas mereka dapat mengikuti muzik dengan baik, baru kita ajarkan gerakan baru namun elakkan terlalu memaksa.
Sesuaikan gerakan itu dengan usia anak.
Selepas itu, lihat bagaimana anak-anak mengubahsuai sendiri gerakan-gerakan itu mengikut kesukaran mereka.

  1. BERMAIN DENGAN BOLA

Reka permainan menggunakan bola, seperti melempar dan menangkap bola, menendang bola, memasukkan bola ke dalam keranjang, ataupun memukul bola.
Perkara yang perlu diperhatikan adalah tahap kekerasan bola itu mesti disesuaikan dengan usia anak-anak.
Contohnya, untuk anak yang berusia bawah satu tahun, kita boleh menggunakan belon yang berbentuk bola.

  1. BERMAIN MUZIK

Bermain muzik tidak semestinya menggunakan alat-alat muzik sahaja.
Kita boleh menggunakan benda-benda yang ada di rumah bagi menghasilkan bunyi-bunyian. Contohnya menggunakan botol, tin, kuali, cerek, piring, gelas dan lain-lain.

  1. BERIMAGINATIF MEMBENTUK KOMUNIKASI YANG UNIK

kreativiti anakGunakan tangan untuk berkomunikasi dengan cara yang unik, lucu serta menarik.
Kita boleh menggunakan anak patung tangan ataupun benda-benda yang kita bayangkan suatu objek. Contohnya botol sebagai orang, pencedok air sebagai helicopter, kasut sebagai kereta, topi keledar sebagai kura-kura, dan sebagainya.
Selain menyeronokkan, cara komunikasi seperti ini juga dapat membangkitkan imaginasi anak-anak. Daripada imaginasi inilah anak-anak menghasilkan pelbagai idea kreatif.

Penutup:
Sebenarnya pada zaman yang serba canggih ini, jarak jauh tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengasah kreativiti anak.
Kita boleh mengasah kecerdasan anak dengan bermain teka-teki melalui telefon.
Kita juga boleh membangkitkan kreativiti mereka dengan memuji serta berbincang tentang karyanya. Kita boleh bertanya, contohnya, ‘Dik, daripada mana adik dapat idea kreatif untuk membuat botol lama itu menjadi cantik?’
Masih ada banyak soalan lain yang boleh merangsang kreativiti dan keyakinan diri anak-anak. Cuma sekarang ini terserah kepada kita untuk berusaha atau tidak, mengcungkil bakat kreatif terpendam dalam diri anak-anak kita.
Beri anak kesempatan untuk berimaginasi dan mengeluarkan idea. Idea-idea itu pula sebaiknya disokong dan dijadikan karya-karya kreatif.
Apabila anak-anak menghasilkan karya, berikan mereka penghargaan dan sokongan supaya kreativiti mereka terus mengalir.
Semoga bermanfaat