Tabiat Ibubapa Yang Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak
- Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
- Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
- Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
- Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
- Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?
Jika
ada jawapan YA, sila baca tips di bawah :
1.
Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu
anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa
sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka
menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan
anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa
sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
"Siapa
yang buat? kerusi / meja ye? ..(sambil tangan mengetuk/ memukul kerusi / meja) ok dah, Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... diam ye.".
Akhirnya
si anak pun terdiam.
Ketika
proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar,
sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah
bersalah.
Yang
salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa
sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau
pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu
betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan
menerima hukuman.
Kita
sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah
mula melawan kepada kita. Perilaku melawan ini terbentuk sejak
kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah
merasa bersalah.
Lalu,
apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan
melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?
Sebaiknya,
ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah
padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit): "Sayang,
kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan
perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. "
2. Berbohong
Kecil
Mulanya
anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa? Kerana
mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya.
Namun,
ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau
permintaan kita?
Apa
yang berlaku?
Apakah
anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau
ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa
sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk
mengelakkan kemahuannya. Salah satu contoh pada waktu kita
tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut
atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang
kita lakukan? Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang
jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan
perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas
pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan,
"Papa
/ Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sekejap saja
ya, Sayang." Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah
lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan,
"Kalau
tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan"
Padahal
secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak
ada kaitan langsung.
Dari
beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil , kesannya
ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita
sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita
yang boleh dipercayai atau tidak. Akhirnya, anak menganggap
semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah bohong dan anak mula
tidak menuruti segala perkataan kita.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah
dengan jujur kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih
dan pengertian:
"Sayang,
Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut."
Kita
tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini.Pastinya memerlukan
lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya
mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami
keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari. Kita
harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus
menerus.Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya
selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh
ikut. Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak
pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur dalam
mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa
yang kita katakan.
3. Banyak
Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran
"Adik,
jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak
tolong! "
"Jangan
ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!"
Pada
anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan
dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau
tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk
ancaman. Apa lagi jika ada ayat tambahan ".... nanti Mama
/ Papa marah!"
Seorang
anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh
mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal
cara ibubapanya. Hal ini terjadi bila kita sering
menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada
tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman
yang pernah kita ucapkan.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan? .
Kita
tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak,
hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya
dengan lembut, namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang
dengan tindakan yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan
dengan kata-kata,
"Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu.
Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. "
Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya
"Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. "
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.
"Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu.
Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. "
Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya
"Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. "
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.
4. Bicara
Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud
Pernahkah
kita mengherdik anak dengan ayat seperti,
"Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!" Atau "Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!"
Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hl seperti itu.Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya. Hal ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk mrmbuat ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.
"Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!" Atau "Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!"
Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hl seperti itu.Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya. Hal ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk mrmbuat ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Sampaikanlah
hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau perlukan ketika kita
menegur perilaku atau hal yang tidak kita sukai.Berkomunikasi dengan
berkesan tentang hal atau perilaku yang kita inginkan atau
perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau
perilaku yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih
dengan tulus dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk
berubah.
5. Menekankan
pada Hal-hal yang salah
Ramai
ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak patuh dan suka
bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada
mereka, kita cuba melerai atau bahkan memarahi. Tapi apakah
kita sebagai ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain
dengan leka? Kita selalu menganggap bahawa tidak perlu menyapa
mereka kerana mereka sedang leka.Situasi ini adalah salah, kerana
akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat menarik
perhatian ibubapanya,
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Beri
pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain, setiap kali mereka
berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami. Peluklah
mereka sebagai tanda senang dan sayang.
6. Merendahkan
Diri Sendiri
Apa
yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih
dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada
mereka,
"Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !"
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah Papa.
"Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !"
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah Papa.
Perhatikanlah
ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah
mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka
main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti.
Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana
kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Dekati
anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita
ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya
:
"Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi? "Bila jawapannya" Nanti, lima minit lagi ". Kita jawab kembali, "Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, papa / mama terpaksa simpan PS sampai esok ".
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut, tepati kata-kata anda.
"Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi? "Bila jawapannya" Nanti, lima minit lagi ". Kita jawab kembali, "Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, papa / mama terpaksa simpan PS sampai esok ".
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut, tepati kata-kata anda.
7. Ibubapa
Tidak Tegas
Mendidik
anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi
kedua-duanya. Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam
mendidik anak-anaknya. Anak mudah menangkap rasa yang
menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya. Contoh, seorang
ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan
kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak
dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak
stress. Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat
dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia
akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya.
Begitu juga sebaliknya.
Di hadapan anak, jangan
berbeza pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan
mendidik anak. Pada masa salah seorang dari kita sedang
mendidik anak, maka pasangan kita harus menyokongnya. Contoh,
ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik terhadap si kakak,
dan si ayah harus menyokong pernyataan, "Betul kata mama,
Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak .... "
8. Campur
Tangan Datuk, Nenek, Saudara, atau Pihak Lain
Ibubapa
berusaha untuk bertegas dan sepakat satu sama lain dalam mendidik
anak-anak, tiba-tiba ada pihak ke-3 yang muncul dan cenderung
membela si anak. Pihak ke-3 yang dimaksudkan seperti datuk,
nenek,bapa saudara, ibu saudara atau pihak lain di luar keluarga.
Seperti
kebiasaan ke-7 (ibubapa tidak tegas), kesan ke anak tetap negatif
bila dalam satu rumah terdapat pihak luar yang campur tangan dalam
hal mendidik anak. Anak akan cenderung berlindung pada orang yang
membelanya dan juga cenderung melawan ibubapanya.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Pastikan
dan yakinkan kepada siapa pun yang tinggal di rumah kita untuk
sepakat dalam mendidik dan tidak mencampuri pada masa proses
mendidik anak. Berikan penerangan dengan bahasa yang
boleh diterima baik oleh pihak ke-3.
9. Menakutkan
Anak
Kebiasaan
ini dilakukan oleh ibubapa semasa anak menangis dan berusaha untuk
menenangkan dia. Kita juga terbiasa mengugut anak untuk
mengalihkan perhatiannya,
"Ada pengawal keselamatan, tidak boleh beli mainan itu!"
Hasilnya memang anak sering kali berhenti merengek atau menangis, namun secara tidak sedar kita telah menanamkan rasa takut atau benci pada institusi atau pihak yang kita sebutkan .
"Ada pengawal keselamatan, tidak boleh beli mainan itu!"
Hasilnya memang anak sering kali berhenti merengek atau menangis, namun secara tidak sedar kita telah menanamkan rasa takut atau benci pada institusi atau pihak yang kita sebutkan .
Sebaiknya,
berkata dengan jujur dan terangkan kepada anak seperti kita
menerangkan kepada orang dewasa kerana anak-anak juga mampu berfikir
dewasa. Jika anak tetap memaksa, katakanlah dengan penuh makna
dan tataplah matanya, "Kamu boleh menangis, tapi papa / mama
tetap tidak akan membelikan gula-gula." Biarkan anak kita yang
memaksa tadi menangis hingga diam dengan sendirinya.
10. Ucapan
dan Tindakan Tidak Sesuai/Tidak Selaras
Konsisten
mutlak diperlukan dalam mendidk anak. Konsisten merupakan
kesesuaian antara yang dinyatakan dan tindakan. Anak mempunyai
ingatan yang tajam terhadap suatu janji, dan ia sangat menghormati
orang-orang yang menepati janji baik untuk memberi hadiah atau janji
untuk memberi hukuman. Jangan pernah menabur janji kepada anak
dengan tujuan untuk memujuknya, agar ia mengikuti permintaan kita
seperti segera mandi, selalu belajar, tidak menonton televisyen.
Fikirlah terlebih dahulu sebelum berjanji sama ada kita benar-benar
boleh memenuhi janji tersebut. Jika ada janji yang tidak boleh
dipenuhi segeralah minta maaf, berikan alasan yang jujur dan
minta dia untuk menentukan apa yang kita boleh lakukan bersama anak
untuk menukar janji itu.
11. Hadiah
untuk Kelakuan Buruk Anak
Acapkali
kita tidak konsisten dengan kenyataan yang pernah kita
nyatakan. Bila hal ini terjadi, tanpa kita sedari kita telah
mengajar anak untuk melawan kita.Contoh klasik dan sering terjadi
adalah pada saat kita bersama anak di tempat awam, anak merengek
meminta sesuatu dan rengekannya menjadi jeritan dan ada gerak
perlawanan. Anak terus mencari akal agar keinginannya dipenuhi,
dan menyebabkan kita malu. Pada masa inilah kita seringkali
kalah kerana tidak sabar lagi dengan rengekan anak kita.Akhirnya
kita mengiyakan keinginan si anak.
"Ok, kamu ambil satu pemainannya. Satu saja ya! "
"Ok, kamu ambil satu pemainannya. Satu saja ya! "
Kenyataan
tersebut adalah sebagai hadiah bagi perilaku buruk si anak. Anak
akan mempelajarinya dan mengulangi pada hari lain bahkan mungkin
dengan cara yang lebih lagi.
Menghadapi
keadaan seperti ini, tetaplah konsisten; tidak perlu malu atau takut
dikatakan sebagai ibubapa yang tidak mengawal anaknya. Ingatlah
selalu bahawa kita sedang mendidik anak, apabila kita konsisten dan
tegas anak tidak akan mengulangi lagi. Tetaplah KONSISTEN dan
pantang menyerah! Apapun alasannya, jangan pernah memberi
hadiah pada perilaku buruk si anak.
12.
Rasa Bersalah Kerana Tidak Boleh Memberikan yang Terbaik
Kehidupan
metropolitan telah memaksa sebahagian besar ibubapa banyak
menghabiskan masa di pejabat dan di jalan raya daripada bersama
anak.Terbatasnya masa inilah yang menyebabkan ramai ibubapa merasa
bersalah atas situasi ini. Akibat dari perasaan bersalah ini,
kita, membenarkan perangai buruk anak dengan ungkapan yang sering
dilontarkan,
"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang meluangkan masa dengannya ..."
"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang meluangkan masa dengannya ..."
Semakin
kita merasa bersalah terhadap keadaan, semakin banyak kita menyemai
tingkah laku buruk anak. Semakin kita maklum tingkah laku buruk
anak, anak juga akan semakin sering melakukannya. Sebahagian
besar tingkah laku anak bermasalah yang pernah saya (penulis) hadapi
banyak berpunca dari cara ibubapa berfikir yang seperti ini.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Kita
tidak boleh membandingkan keadaan sosial ekonomi dan masa kita
dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang
tersendiri. Ada orang yang punya kelebihan dari segi kewangan
tapi kesuntukan masa bertemu dengan anak, dan sebaliknya. Jangan
pernah memikirkan hal yang tidak baik. Lakukanlah pendekatan
berkualiti jika kita hanya mempunyai sedikit masa; gunakan masa yang
minimum itu untuk berkongsi sepenuhnya dengan anak. Memang tidak
mudah tapi lakukanlah demi mereka dan keluarga kita, anak akan
terbiasa.
13. Mudah
menyerah dan pasrah
Setiap
manusia mempunyai watak yang berbeza-beza, ada yang lembut dan ada
yang keras.Kebanyakan ciri watak yang dimiliki oleh ibubapa
adalah kurang tegas, mudah menyerah, selalu takut salah dan
cenderung mengalah/pasrah. Konflik ini biasanya berlaku bila
mempunyai anak yang berwatak keras. Akibatnya, si anak jauh
lebih dominan untuk mempengaruhi keputusan dan ibubapa sukar
mengawal tingkah laku anaknya dan cenderung pasrah.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Belajar
dan berusaha dengan keras untuk menjadi lebih tegas dalam mengambil
keputusan, tingkatkan watak keteguhan hati dan pantang
menyerah. Jika perlu, ambil orang yang kita anggap tegas untuk
jadi penasihat harian kita.
14. Marah
Yang Berlebihan
Kita
seringkali menyamakan antara mendidik dengan memarahi. Perlu
diingat, memarahi adalah salah satu cara mendidik yang paling
buruk.Pada saat memarahi anak, kita bukan sedang mendidik mereka,
melainkan melepaskan geram atau kekesalan kerana kita tidak boleh
mengatasi masalah dengan baik. Marah juga hanya usaha untuk
melemparkan kesalahan pada pihak lain [dan biasanya yang lebih lemah
seperti anak-anak].
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan
bercakap ketika marah! Jadi tahanlah dengan cara yang selesa
untuk kita lakukan seperti masuk bilik mandi atau ke mana-mana
sehingga marah reda. Yang perlu dilakukan adalah bicara "tegas"
bukan bicara "keras".Bicara yang tegas adalah dengan nada
yang rata, dengan serius dan menatap wajah serta matanya dalam
dalam. Bicara tegas adalah bicara pada ketika fikiran kita
rasional, sedangkan bicara keras adalah pada masa fikiran kita
dikuasai emosi.
Satu
contoh lagi yang kurang baik, ketika marah biasanya kita emosi dan
mengucapkan / melakukan hal hal yang kelak kita sesali, setelah ini
terjadi, biasanya kita akan menyesal dan berusaha memperbaikinya
dengan membolehkan hal-hal yang sebelumnya kita larang. Bila
hal ini berulang kali, maka anak kita akan selalu berusaha memancing
marah kita, dan kesudahannya si anak menikmati hasilnya. Anak
yang sering dimarahi tidak akan jadi lebih baik.
15. Ego
Untuk Menyapa
Kita
pasti pernah mengalami bahawa kita terlanjur marah besar pada anak,
biasanya marah terbawa lebih dari sehari, akibat dari rasa kesal
yang masih tersisa dan rasa ego, kita enggan menyapa anak
kita. Masing-masing menunggu untuk memulakan kembali hubungan
yang normal.
Apa
yang perlu kita lakukan agar komunikasi cair kembali? Siapa
yang seharusnya memulakan? Kita sebagai ibubapalah yang
seharusnya memulakan masa anak mula menunjukkan tanda-tanda
perdamaian dan mengikuti keinginan kita. Dengan cara ini kita
dapat menunjukkan kepada anak bahawa kita tidak suka pada sikap
anak, bukan pada peribadinya.
16. Memaklumi/Menerangkan
yang tidak kena pada tempatnya
Ini
biasanya berlaku pada kebanyakan ibubapa konservatif. Contohnya
melihat anak lelaki yang suka mengusik, nakal, ibubapa suka
mengatakan,
"Alah, anak lelaki memang begitu" atau ketika melihat kakak dan adik bertengkar, ibunya berkata "maklumlah ... namanya juga anak anak". Atau ketika si anak memukul teman, ibubapa masih juga membela dengan mengatakan " maklumlah namanya juga anak anak. Tak sengaja . "
"Alah, anak lelaki memang begitu" atau ketika melihat kakak dan adik bertengkar, ibunya berkata "maklumlah ... namanya juga anak anak". Atau ketika si anak memukul teman, ibubapa masih juga membela dengan mengatakan " maklumlah namanya juga anak anak. Tak sengaja . "
Bila
kita selalu membela tindakan salah yang dilakukan anak-anak,
automatik si anak berfikir sikapnya betul, dan akan menjadi teruk
jika terbawa sehingga ke dewasa.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Tidak
perlu menerangkan hal yang tidak perlu, kita harus mendidik setiap
anak sesuai dengan sifat dasarnya. Setiap anak boleh dididik
dengan tegas [ingat: bukan keras] sejak usia 2 tahun. Semakin
awal usianya, semakin mudah untuk dikendalikan dan diajak
kerjasama. Anak kita akan bekerjasama jika kita selalu
mengajaknya dialog dari hati ke hati, tegas, dan konsisten. Ingat,
tidak perlu menunggu sehingga usianya dewasa, kerana semakin
bertambah usia, semakin tinggi tahap kesukaran untuk mengubah sikap
buruknya.
17. Penggunaan
istilah yang tidak jelas maksudnya
Ibubapa
kerap menggunakan kenyataan seperti "Jaga ye, kalau kamu nak
ikut mama / papa, tidak boleh nakal!" Atau, "Ingat, kalau
nanti ikut dengan mama / papa, jangan memalukan mama", boleh
juga terungkap , "kalau nak jalan jalan ke taman permainan,
jangan macam macam ya".
Tanpa
disedari kita sering menggunakan istilah yang sukar difahami atau
bermakna lain. Istilah ini akan mengelirukan anak kita. Dalam
hati mereka bertanya apa yang dimaksudkan dengan nakal, tingkah laku
apa yang termasuk dalam kategori nakal, begitu pula dengan istilah
"jangan macam macam", tingkah laku apa yang
termasuk kategori "macam macam". Anak menjadi keliru.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Bercakap
dengan jelas dan tertentu, Contohnya
"Sayang, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh minta mainan, gula-gula, dan tidak boleh menejrit di juruwang seperti dulu ye".
Hal ini penting agar anak mengetahui batasan-batasan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta jangan lupa bersetuju apa akibatnya bila perjanjian ini dilanggar.
"Sayang, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh minta mainan, gula-gula, dan tidak boleh menejrit di juruwang seperti dulu ye".
Hal ini penting agar anak mengetahui batasan-batasan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta jangan lupa bersetuju apa akibatnya bila perjanjian ini dilanggar.
18. Mengharap
Perubahan Segera
Kita
terbiasa hidup dalam budaya yang serba segera, seperti mee segera,
susu segera, minuman segera. Sehingga bila anak berbuat salah,
kita inginkan perubahan yang segera juga, contoh ketika biasa
terlambat bangun, tidak mengemas tempat tidur, sukar dimandikan,
kita ingin agar anak kita berubah mendadak dalam jangka masa sehari.
Apabila
kita sering memaksa perubahan pada anak kita dalam waku singkat,
kemungkinan besar anak sukar memuaskan. Dan ketika dia gagal
dalam memenuhi keinginan kita, anak akan kecewa dan tidak yakin
boleh melakukannnya lagi. Akibatnya dia memilih untuk melakukan
perlawanan seperti banyak memberi alasan, acuh tak acuh, atau
marah-marah pada adiknya.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Jika
kita mengharapkan perubahan pada anak, berilah masa untuk setiap
fasa perubahan yang rasional untuk boleh dicapainya. Elakkan
membuat target perubahan yang tidak mungkin boleh dicapainya.
Ajaklah dia untuk melakukan perubahan dari hal yang paling
mudah. Biarkanlah dia memilih hal yang paling mudah untuk
diubah. Kejayaannya untuk melakukan perubahan tersebut boleh
memotivasikan anak untuk melakukan perubahan lain yang lebih
sukar. Puji dan jika perlu raikan kejayaan yang dicapainya,
sekecil dan semudah apapun perubahan itu. Hal ini untuk
menunjukkan betapa seriusnya perhatian kita terhadap usaha yang
telah dilakukannya. Tumpukan perhatian dan pujian kita pada
usahanya, bukan pada hasilnya.
19.
Bukan Pendengar yang Baik
Sebahagian
besar ibubapa adalah bukan pendengar yang baik bagi anak
anaknya.Benarkah? Bila ada suatu masalah yang terjadi pada
anak, ibubapa lebih suka menyampuk, terus menasihati tanpa bertanya
permasalahannya serta asal usul kejadiannya.
Sebagai
contoh, anak kita baru saja pulang sekolah yang sepatutnya pulang
waktu tengahari tetapi sampai di rumah pada waktu petang. Ibubapa
menjadi risau dan menunggu kepulangan anak. Ketika anak
kita sampai dan masih penat, kita terus menyambutnya dengan pelbagai
pertanyaan dan bebelan. Bila anak hendak bicara, kita selalu
memotongnya. Akibatnya anak tidak ingin bercakap dan marah pada
kita.
Bila
kita tidak berusaha mendengar mereka, maka mereka pun akan bersikap
seperti itu pada kita dan akan belajar mengabaikan kita.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Jika
kita tidak ingin hal ini terjadi, maka mulai saat ini jadilah
pendengar yang baik. Dengarkan setiap ucapannya. Ajukan
soalan-soalan untuk menunjukkan minat kita akan persoalan yang
dihadapinya.
20. Selalu
menuruti permintaan anak.
Apakah
anak kita adalah anak tunggal? Atau anak lelaki yang
ditunggu-tunggu dari beberapa anak perempuan kakak-kakaknya? Atau
mungkin anak yang sudah bertahun-tahun ditunggu tunggu? Fenomena
ini seringkali menjadikan ibubapa teramat sayang pada anaknya
sehingga apa saja kemahuan dituruti.
Seperti
Raja Kecil, semakin hari tuntutannya semakin banyak dan kuat, jika
menjadi kebiasaan akan sukar dibendung. Anak yang dididik
dengan cara ini akan menjadi anak yang ego, tidak inign bertolak
ansur, dan tidak boleh bersosial.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Betapa
sayangnya kita pada anak, janganlah pernah mengamalkan cara didikan
seperti ini. Rasa sayang tidak perlu di tunjukkan dengan
menuruti segala kemahuannya. Jika kita sayang, maka kita harus
mengajar tentang nilai baik dan buruk, yang benar dan yang salah,
yang boleh dan yang tidak boleh. Jika tidak, rasa sayang kita
akan membuatnya jadi anak yang mementingkan diri sendiri.
21. Terlalu
Banyak Larangan
Ini
adalah bertentangan dari kebiasaan di atas. Ibubapa jenis ini
cenderung menjadikan anak seperti apa yang kita inginkan
secara SEMPURNA, kita cenderung membentuk anak kita sesuai dengan
keinginan kita; anak kita harus begini tidak boleh begitu; dilarang
melakukan ini dan itu.
Sehingga
anak tidak tahan lagi dengan cara kita, dia pun akan memberontak,
baik dengan cara menyakiti diri,memberontak dalam diam atau dengan
terbuka.
Oleh itu, kurangkan sifat kesempurnaan kita, berilah
izin kepada anak untuk melakukan perkara yang baik dan
positif. Berlatih untuk selalu berdialog agar kita boleh
melihat dan memahami sudut pandang orang lain. Bangkit dengan
situasi saling mempercayai antara anak dan kita. Kurangkan
jumlah larangan yang berlebihan dengan meminta pertimbangan pada
pasangan kita. Gunakan kesepakatan untuk memberikan batas yang
lebih baik. Contoh,
"kamu boleh keluar tapi jam 9 malam harus tiba di rumah. Jika kemungkinan pulang lambat, segera beritahu Papa / Mama.
"kamu boleh keluar tapi jam 9 malam harus tiba di rumah. Jika kemungkinan pulang lambat, segera beritahu Papa / Mama.
22. Terlalu
Cepat Membuat Kesimpulan
Ini
adalah kesan akibat tidak menjadi pendengar yang baik. Kita
kerap memotong perbualan ketika anak sedang memberi penjelasan, dan
akan membuat kesimpulan akhir yang biasanya akan memburukkan atau
mengecewakan anak. Padahal kesimpulan kita belum tentu benar,
dan seandainya benar, cara seperti ini akan menyakitkan hati anak
kita.
Seperti
contoh anak yang balik lewat. Anak terlambat balik dan hendak
menjelaskan sebabnya, kita memotong ayatnya dengan ungkapan,
"Sudah! jangan bagi alasan " atau " Ah, Papa /
Mama tahu, kamu pasti menyimpang ke tempat lain kan?! ".
Jika
kita melakukan kebiasaan ini terus menerus, anak akan berfikir kita
adalah ibubapa yang tidak mahu memahami keadaan dan
menjengkelkan. Lalu mereka tidak ingin bercerita atau bercakap
lagi, dan akibat anak akan benar-benar melakukan hal-hal yang kita
tuduhkan padanya. Anak tidak ingin mendengar nasihat kita lagi,
dan pada tahap yang paling teruk, dia akan pergi ketika kita sedang
berbicara padanya. Pernahkah anda mengalami hal ini?
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan
pernah memotong percakapan dan membuat kesimpulan terlalu awal.Tak
seorang pun yang suka bila percakapannya dipotong, apalagi ceritanya
disimpulkan oleh orang lain.
Dengarkan,
dengarkan, dan dengarkan sambil memberikan tanggapan positif dan
bersemangat. Ada masanya kita akan diminta untuk bercakap,
tentunya setelah anak selesai dengan ceritanya. Bila anak sudah
membuka soalan, "bagaimana,ibu/ayah?" Ertinya dia sudah
sedia untuk mendengar pertuturan atau komen kita.
23. Mengungkit
Kesalahan Masa Lalu
Akibat
bukan pendengar yangbaik dan terlalu cepat membuat kesimpulan akan
berlanjutan dengan hal yang menyakitkan hati anak, dengan mengungkit
rekod kesalahan yang pernah dibuat oleh anak. Contohnya, "kan
Papa / Mama dah cakap? Kamu tidak pernah nak mendengar,
sekarang tengok apa dah jadi. Jadi kena dengar cakap mama / papa".
Kiat
berharap dengan mengungkit kejadian masa lalu, anak akan belajar
dari kesilapan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya, anak akan
sakit hati dan berusaha mengulangi kesalahannya sebagai tindakan
balasan dari sakit hatinya.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Jika
kita tidak ingin anak berkelakuan buruk lagi, janganlah
diungkit-ungkit masa lalunya. Cukup dengan tatapan mata, jika
perlu rangkullah dia. Ikutlah berempati sampai dia mengakui
kesalahan dan kekeliruannya. Ucapkan kenyataan seperti "manusia
itu tempatnya salah dan lupa, semoga ini menjadi pelajaran berharga
buat kamu", atau "Papa / mama bangga kamu boleh mencari
hikmah positif dari kejadian ini". Jika ini yang kita
lakukan, anak akan lebih mendengar nasihat kita. Cuba dan
buktikanlah!.
24. Suka
Membandingkan
Hal
yang paling menyakitkan adalah ketika kita membandingkan dengan
orang lain.Bila kita sedang berada di suatu majlis dan bertemu
dengan orang yang berpakaian hampir sama atau berwarna sama, kita
merasa tidak selesa untuk berdekatan.
Secara
psikologi, kita sangat tidak suka bila kehadiran kita baik secara
fizikal atau sifat-sifat kita dibanding dengan orang lain. Cuba
ingat pengalaman kita bila ada orang yang membandingkan kita,
bagaimana perasaan kita saat itu?
Tetapi,
kebanyakan ibubapa sering melakukan hal ini pada anaknya
- membandingkan anak yang malas dengan yang rajin. Anak
yang kemas dengan yang comot. Anak yang cekap dengan anak yang
lembap. Anak yang mendapat markah tinggi di sekolah dengan anak yang
markah rendah. Ayat yang sering terdengar biasanya seperti,
"Cuba kamu rajin belajar seperti adik, mesti markah kamu tidak
seperti ini!".
Jika
kita tetap melakukan kebiasaan ini, beberapa akibat akan berlaku;
anak kita semakin tidak menyukai kita. Anak yang dibandingkan akan
iri dan dengki dengan yang dibanding. Anak yang menjadi
pembanding akan merasa sombong dan bongkak.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Tiap
manusia dilahirkan dengan watak dan sifat yang unik. Jangan sesekali
membandingkan antara satu sama lain. Catat perubahan setiap
sikap anak. Jika ingin membandingkan, bandingkanlah dengan
sikap mereka di masa lalu, ataupun dengan nilai-nilai ideal yang
ingin mereka capai. Contohnya, "Eh, biasanya anak papa / mama
suka mengemas tempat tidur, kenapa hari ini tak ya?"
25. Sentiasa
Betul dan Tahu Segalanya
Egosentrik
(bersifat
mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan
orang lain) terjadi
pada anak usia 1-3 tahun. Usia tersebut adalah masa apabila
anak merasa paling benar dan memaksakan kehendaknya. Tapi sifat
ini terbawa dan masih banyak dimiliki oleh ibubapa. Contoh
ungkapan orang tua, "ah kamu ini masih hingusan, bukan tau apa
soal hidup." Atau, "kamu tau tak, papa / mama ini sudah
banyak makan asam garam kehidupan, jadi tak payah bagi nasihat
dengan kami!".
Jika
kita mempunyai kebiasaan seperti ini, kita telah membuat proses
komunikasi dengan anak ke arah jalan buntu. Walaupun maksud
kita adalah untuk menunjukkan kelebihan kita di depan anak, tapi
yang ditangkap anak adalah semacam kesombongan yang luar biasa, dan
tentu saja tak seorang pun ingin mendengar nasihat orang yang
sombong.
Apa
yang seharusnya kita lakukan?
Seringkali
usia dijadikan acuan tentang banyaknya pengetahuan dan
pengalaman. Pada zaman dulu hal ini boleh jadi benar, namun
sekarang, keadaan itu tidak berlaku lagi. Siapa yang lebih
banyak mendapatkan maklumat dan mengikuti kegiatan, maka dialah yang
lebih banyak tahu dan berpengalaman.
Jadi
janganlah merasa menjadi orang yang paling tahu, paling hebat,
paling alim. Dengarkanlah setiap input yang datang dari anak
kita.
26. Saling
Melepaskan Tanggungjawab
Mendidik
anak menjadi tanggungjawab ibubapa. Bila kedua belah pihak
merasa kurang bertanggungjawab, maka proses pendidikan anak akan
terasa tempang dan jauh dari berjaya. Lagi teruk, bila ibubapa sudah
mula merasakan kesan perlawanan dari anak-anaknya, yang sering
terjadi malah saling menyalahkan satu sama lain.
Kenyataan
yang kerap muncul adalah, "kamu tak pandai nak mendidik anak",
dan kemudian dibalas "sedapnya bercakap, kamu sendiri selama
ini ke mana?!". Jika cara ini yang dipertahankan dalam
keluarga, adakah menyelesaikan masalah? Tunggu saja hasilnya,
pasti ibubapalah yang akan menuai hasilnya, anak akan merasa sikap
buruknya adalah bukan kerana kesalahannya, tapi kerana
ketidaksepakatan ibubapanya. Jelas anak tidak akan merasa
dididik malah semakin berkelakuan buruk.
Apa
yang seharusnya kita lakukan?
Hentikan
saling menyalahkan. Ambillah tanggungjawab sebagai ibubapa
secara seimbang.keberhasilan pendidikan terletak di tangan
ibubapa. Pendidikan adalah kerja sama pasukan, bukan
individu. Jangan gunakan alasan tidak ada masa, semua orang
mempunyai masa 24 jam sehari, jadi aturlah masa kita dengan berbagai
macam cara dan berbincang selalu dengan pasangan kita.
27. Kakak/Abang
Harus Selalu Mengalah
Kebiasaan
anak yang lebih tua harus selalu mengalah pada yang lebih
muda. Seolah-olah hal itu sudah menjadi budaya. Tapi
sebenarnya, adakah dasar logiknya dan di mana prinsip keadilannya?
Ada
satu contoh nyata seperti berikut:
Ada
seorang kakak beradik, kakak bernama Dita dan adik bernama
Rafiq.Neneknya selaku pengasuh utama selalu memarahi Dita ketika
Rafiq menangis.Tanpa mengetahui siapa yang salah dan benar, si Nenek
selalu membela si adik dan meletakkan kesalahan pada
kakaknya. "Kenapa dengan kamu ini ? Sudah besar tapi
tak nak mengalah dengan adik. "Begitulah ucapan yang keluar
dari mulut si Nenek. Terkadang disertai dengan cubitan pada
kakaknya.
Apa
yang terjadi selanjutnya? Dita menjadi anak yang tidak
mempunyai rasa percaya diri. Dia pun mula membenci adiknya. Lama
kelamaan Dita mula banyak melawan atas ketidakadilan ini, dan yang
terjadi kemudian adalah kedua bersaudara ini makin sering
bertengkar. Sementara Rafiq yang selalu dibela menjadi makin
ego dan makin berani menyakiti kakaknya, selalu merasa benar dan
memberontak.
Apa
yang seharusnya kita lakukan?
Anak
perlu diajar untuk memahami nilai benar dan salah atas
perbuatannya.Nilai benar dan salah tidak mengenal faktor usia. Benar
selalu benar dan salah selalu salah berapa pun usia pelakunya.
Berlakulah
adil. Ketahuilah maklumat secara lengkap sebelum mengambil
keputusan. Jelaskan nilai benar dan salah pada anak.
28. Menghukum
Secara Fizikal
Dalam
keadaan emosi, kita selalu sensitif dengan sikap anak, bermula
dengan suara keras, dan kemudian meningkat menjadi tindakan fizikal
yang menyakiti anak.
Jika
kita terbiasa dengan keadaan ini, kita telah mendidiknya menjadi
anak yang degil, suka menyakiti orang lain dan
memberontak. Perhatikan jika mereka bergaul dengan rakan
sebaya. Percaya atau tidak, anak akan meniru tindakan kita yang
suka memukul. Anak yang suka memukul rakannya pada umumnya
adalah anak yang sering dipukul di rumahnya.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan
pernah sekalipun menggunakan hukuman fizikal kepada anak - mencubit,
memukul, atau menampar bahkan ada juga yang pakai alat seperti tali
pinggang atau rotan.
Gunakanlah
kata kata atau dialog, dan jika cara dialog tidak berjaya maka
cubalah nilai diri kita. Cari jenis kebiasaan yang salah yang selama
ini telah kita lakukan dan menyebabkan anak kita berkelakuan seperti
ini.
29. Menunda
atau Membatalkan Hukuman
Kita
semua tahu bahaya yang luar biasa dari merokok, mula dari kanser,
mati pucuk, gangguan kehamilan dan janin. Tapi mengapa masih
banyak yang tidak peduli dan tetap degil untuk terus menjadi
perokok? Jelas kerana akibat dari merokok itu terjadi kemudian
dan bukan ketika itu juga.
Begitu
juga dengan anak kita. Jika anda menjanjikan sebuah akibat
hukuman atau hukuman bila anak berkelakuan buruk, jangan menunggu
masa yang terlalu lama, melambatkan, atau bahkan membatalkan kerana
alasan lupa atau kasihan.
Bila
telah terjadi kesepakatan antara kita dan anak seperti tidak boleh
minta dibelikan gula-gula atau mainan dan ternyata anak cuba cuba
untuk merengek, kita ingatkan kembali pada kepadanya tentang
perjanjian yang kita buat bersama. Anak biasanya akan berhenti
merengek. Namun malangnya ketika anak berhenti merengek, kita
menganggap masalah susah selesai dan akhirnya kita menunda atau
bahkan membatalkan hukuman entah kerana lupa atau kasihan. Apa
akibatnya? Anak akan mempunyai anggapan bahawa kita hanya
bercakap kosong, maka mereka akan mempunyai kecenderungan untuk
melanggar perjanjian kerana hukuman tidak dilaksanakan.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Jila
kita sudah mempunyai kesepakatan dan anak melanggarnya, maka sekatan
perlu dilaksanakan, jika kita kasihan, kita boleh mengurangkan
hukumannya, dan usahakan hukumannya jangan bersifat fizikal, tapi
seperti pengurangan masa menonton tv, ataupun bermain video game.
30. Terpancing
Emosi
Jika
ada keinginannya yang tidak dipenuhi, anak sering kali merengek,
menangis, berguling dsb, dengan tujuan memancing emosi kita yang
akhirnya kita marah atau mengalah. Jika kita terpancing oleh
emosi anak, anak akan merasa menang, dan merasa boleh mengendalikan
ibubapanya. Anak akan terus berusaha mengulanginya pada
kesempatan lain dengan pancingan emosi yang lebih besar lagi.
Apa
yang seharusnya kita lakukan?
Yang
terbaik adalah diam, tidak bercakap, dan tiada tindak balas. Jangan
pedulikan rengekan anak kita. Bila anak menangis katakan
padanya bahawa tangisannya tidak akan mengubah keputusan kita. Bila
anak tidak menangis tapi tetap masih membuat hal, kita katakan saja
bahawa kita akan mempertimbangkan keputusan kita dengan syarat si
anak tidak membuat hal lagi. Selepas pernyataan itu kita
keluarkan, lakukan aksi diam. Tatap dengan mata pada anak, hingga ia
berhenti mengadu/membuat hal. Proses ini memerlukan masa lebih dari
30 minit dan tabahlah untuk melakukannya. Dalam proses ini kita
jangan malu pada orang yang memperhatikan kita; dan jangan pula ada
orang lain yang berusaha menolong anak kita yang sedang membuat hal
tadi. SEKALI KITA BERHASIL MEMBUAT ANAK KITA MENGALAH, maka
selanjutnya DIA TIDAK AKAN MENGULANGI untuk yang kedua kalinya.
31. Menghukum
Anak Saat Kita Marah
Hal
yang perlu kita perhatikan dan selalu ingat adalah jangan pernah
memberikan hukuman apa pun pada anak ketika emosi kita sedang
memuncak. Pada saat emosi kita sedang tinggi, apa pun yang
keluar dari mulut kita, baik dalam bentuk kata-kata mahupun hukuman
akan lebih menyakiti dan menghakimi dan tidak menjadikan anak lebih
baik. Kejadian tersebut akan terkesan pada anak biar pun telah
berganjak dewasa. Anak juga boleh berdendam pada ibubapanya
kerana sering mendapat perlakuan di luar batas.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Bila
kita sedang marah segeralah menjauhi anak. Pilihlah cara yang
tepat untuk boleh menurunkan marah kita dengan segera.
Apabila
marah, kita akan memberikan hukuman yang berat pada anak, dan hanya
akan menimbulkan pemberontakan baru yang lebih kuat daripada
anak. Selepas emosi reda, barulah kita memberikan hukuman yang
mendidik dan tepat dengan konteks kesalahan yang dibuat. Ingat,
prinsip hukuman adalah untuk mendidik bukan menyakiti. Pilihlah
bentuk sekatan atau hukuman yang mengurangkan aktiviti yang
disukainya, seperti mengurangkan masa main game, atau bermain
basikal.
32. Mengejek
Ibubapa
yang biasa mengejek anaknya, seringkali secara tidak sedar telah
membuat anak menjadi kesal. Dan ketika anak memohon kepada kita
untuk tidak mengejeknya, kita malah semakin senang telah berjaya
membuatnya kesal atau malu. Hal ini akan membina rasa tidak
suka anak pada kita dan yang sering terjadi anak tidak menghargai
kita lagi. Mengapa? Kerana ia menganggap kita juga seperti
kawna-kawannya yang suka mengusik,
Apa
yang seharusnya kita lakukan?
Jika
ingin bergurau dengan anak kita, pilihlah bahan bergurau yang tidak
membuatnya malu atau yang merendahkan dirinya. Akan jauh lebih
baik jika seolah-olah kitalah yang jadi badut untuk
ditertawakan. Anak kita tetap akan menghormati kita. Jagalah
batas-batas dan elakkan bergurau yang boleh membuat anak kesal
apalagi malu. Bagaimana caranya?Lihat ekspresi anak
kita. Apakah kesal dan meminta kita segera
menghentikannya? Bila ya, segeralah hentikan dan jika perlu
meminta maaflah atas kejadian yang baru berlaku. Katakan bahawa
kita tidak bermaksud merendahkannya dan kita berjanji tidak akan
mengulanginya lagi.
33. Menyindir
Terkadang
kerana marahnya ibubapa sering didedahkan dengan kata-kata singkat
yang pedas dengan maksud menyindir, seperti, "Tiba-tiba awal
hari ini dah balik", atau " kamu pikir Mama / Papa ini
pengawal keselamatan yang jaga pintu tiap malam ? ".
Kebiasaan
ini tidak akan membuat anak kita menyedari akan sikap buruknya tapi
malah sebaliknya akan membuat ia semakin menjadi-jadi dan menjaga
jarak dengan kita. Kita telah menyakiti hatinya dan membuatnya
tidak ingin berkomunikasi dengan kita.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?
Katakanlah
secara langsung apa yang kita inginkan dengan kalimat yang tidak
menyinggung perasaan, memalukan bahkan menyakiti hatinya. Katakan
saja, "Sayang, Papa / Mama bimbang akan keselamatan kamu kalau
balik lewat malam". Dan sebagainya.
34. Memberi
Nama Gelaran yang Buruk
Kebiasaan
memberikan gelaran yang buruk pada anak boleh mengakibatkan rasa
rendah diri, tidak percaya diri, atau rasa benci. Adakalanya
anak ingin membuktikan kehebatan gelaran atau gelaran tersebut pada
orang tuanya.
Penyelesaiannya.
Menukar
gelaran buruk dengan yang baik, seperti, anak baik, anak hebat, anak
bijak. Jika tidak boleh menemuinya cukup dengan panggil dengan
nama kesukaannya saja.
35. Mengumpan
Anak yang Suka Membantah
Ketika
anak marah, merengek atau menangis, meminta sesuatu dengan memaksa,
kita biasanya mengalihkan perhatiannya kepada perkara atau barang
lain. Hal ini dimaksudkan supaya anak tidak merengek
lagi. Namun yang terjadi malah sebaliknya, rengekan anak
semakin menjadi-jadi. Contohnya, anak menangis kerana ia minta
dibelikan mainan, kemudian kita berusaha membuatnya diam dengan
berusaha mengalihkan perhatiannya seperti, "Lihat ada kakak
pakai baju warna apa tu ..." atau "Lihat ini, comelnya
gambar ini"
Ingatlah
selalu, pada saat anak kita sedang fokus pada apa yang dia mahu, ia
akan memancing emosi kita dan emosinya sendiri akan menjadi
sensitif. Anak kita pada umumnya adalah anak yang bijak. Dia
tidak ingin dialihkan ke hal lain jika masalah ini belum ada kata
sepakat penyelesaiannya. Semakin kita berusaha mengalihkan ke
hal lain, semakin marahlah anak kita.
Apa
yang sebaiknya dilakukan?
Selesaikan
apa yang diinginkan oleh anak kita dengan membincangkan perkara itu
dan membuat perjanjian di tempat, jika kita belum sempat membuat
perjanjian di rumah. Katakan secara langsung apa yang kita
inginkan terhadap permintaan anak tesebut, seperti "Papa / Mama
belum boleh belikan mainan itu sekarang. Jika kamu nak, harus
menabung terlebih dahulu. Nanti Papa / Mama ajar cara
menabung. Bila kamu terus merengek kita tidak jadi jalan-jalan
dan terus balik rumah. "Jika ayat ini yang kita katakan dan
anak kita tetap merengek, segeralah kita pulang biar pun urusan
belum selesai. Untuk urusan lain kita masih boleh menundanya. Tapi
jangan sekali-kali menunda dalam mendidik anak.
36. Televisyen
Sebagai Agen Pendidikan Anak
Perilaku
anak terbentuk kerana 4 perkara:
Siapa
yang lebih dulu mengajarkan kepadanya: kita atau TV?
Siapa
yang dia percaya: apakah anak percaya pada kata-kata kita atau pada
program TV?
Siapa
yang menyampaikan dengan lebih menyenangkan: apakah kita
menasihatinya dengan cara menyenangkan atau program-program TV yang
lebih menyeronokkan?
Siapa
yang sering menemaninya: kita atau TV?
Apa
yang seharusnya kita lakukan?
Komunikasi
dan buat pendekatan dengan menilai 4 hal tersebut yang menjadi
faktor pembentuk perangai anak kita.
Menggantikannya
dengan kegiatan di rumah atau di luar rumah yang padat.
Gantilah
program TV dengan cerita pengetahuan yang lebih mendidik dan
mencabar bermula dari kartun hingga CD dalam bentuk permainan
pendidikan.
37. Mengajar
Anak untuk Membalas
Sesetengah
anak mempunyai kecenderungan suka memukul dan ada juga yang menjadi
objek menerima pukulan dari rakan sebaya. Ibubapa biasanya
tidak sabar melihat anak disakiti dan memprovokasi anak kita untuk
membalasnya. Hal ini secara tidak langsung mengajar anak
membalas dendam. Sebab pada saat itu emosi anak sedang sensitif
dan apa yang kita ajarkan ketika itu akan diingatinya. Jangan
terkejut bila anak kita sering membalas atau membalikkan apa yang
kita sampaikan kepadanya.
Apa
yang sebaiknya kita lakukan?:
a.
Mengajar anak untuk mengelakkan rakan-rakan yang suka menyakiti.
b. Menyampaikan
atau melaporkan pada ibubapa berkenaan bahawa anak kita sering
dipukul atau dibuli dari anak tersebut.
c.
Ajaklah ibubapa anak yang suka memukul untuk mengikuti program
parenting baik di radio atau media lain.
========================================================================
(Komen
penulis asal - Tidak semua kebiasaan yang ada dibuku ini yang saya
setuju.)